THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 24, 2009

TUGASAN 1 (Ulasan Buku)

Tajuk Buku: Action Research Second Edition
Penulis: Ernest T. Stringer
Tahun: 1999, London
Penerbit: SAGE Publications


KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Buku ini menggunakan pendekatan kolaboratif dalam penyelidikan yang membekalkan masyarakat dengan menggunakan tindakan yang sistematik untuk mencari penyelesaian masalah yang tertentu. Pendekatan ini dapat membantu pengkaji-pengkaji untuk membuat penyelidikan yang sistematik terhadap masalah dan isu yang wujud, dapat merumuskan dengan berkesan dan menjelaskan dengan baik tentang isu-isu tersebut dan mewujudkan perancangan bagi membincangkan masalah.

Fokus kajian tindakan adalah berkaitan kaedah dan teknik penyelidikan yang mengambil kira sejarah manusia, kebudayaan, amalan interaksi dan menyentuh berkaitan dengan kehidupan.

MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

- Kajian yang sistematik dan terperinci membolehkan seseorang itu memahami sesuatu masalah atau fenomena yang biasa wujud. Selain itu, melalui kajian tindakan, seseorang itu boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui proses penyelidikan.
- Melalui kajian tindakan, dapat membantu guru membuat penambahbaikan terhadap masalah yang dihadapi di sekolah atau bilik darjah serta membantu guru membuat keputusan yang berkaitan dengan pelbagai aktiviti meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti memperbaiki mutu pencapaian pelajar dan sebagainya.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Reka bentuk yang digunakan di dalam buku ini ialah dengan menggunakan model Interacting Spiral ( look, think, act). Ianya dilakukan secara berterusan.

Pemerhatian: Mengumpul maklumat yang berkaitan (mengumpul data) dengan membina gambaran situasi. Pengkaji mengumpul maklumat dengan menemu bual responden kajian dan membuat laporan.

Berfikir: Meneroka (menganalisis) apa yang berlaku.

Bertindak: Merancang, melaksana dan menilai.

Secara praktisnya, kajian tindakan merupakan proses yang kompleks.


SAMPEL/PESERTA

Sampel digunakan dalam eksperimen dan kaji selidik dan ianya memberi kesan kepada perubahan terhadap status dan tugasan yang dijalankan.

Sampel dalam kajian tindakan perlu terlibat secara serius atau aktif dalam memantau dan menggerakkan proses penyelidikan.

Kumpulan dan bilangan sampel yang terlibat dalam penyelidikan perlu dikenalpasti secara jelas supaya pembaca akan memahami secara jelas sumber-sumber maklumat yang diperolehi.

Setting Kajian

Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat yang digunakan dalam kajian tindakan tetapi hanya menyatakan cara untuk melakukan kajian tersebut perlulah di lihat kepada keadaan yang sesuai untuk melakukan penyelidikan.

Prosedur kajian tindakan

Setiap kajian yang dilakukan mestilah ada prosedur-prosedur tertentu. Prosedur itu mengutamakan langkah-langkah yang sistematik agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedur untuk melaksanakan kajian tindakan ialah:

1) Mengenalpasti dan fokus kepada isu
2) Mendefinisikan masalah
3) Kaedah yang digunakan ialah eksperimen dan kajian tinjauan
4) Membina gambaran tentang keadaan isu yang dikenalpasti
5) Mengumpul data
6) Menganalisis data


PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA

Instrumen kajian

Pengkaji mengumpul maklumat melalui:
1) Temubual
2) Pemerhatian
3) Dokumen


Teknik Pengumpulan Data

1) Temubual
Dalam proses menemubual, pengkaji perlu:
• mengenalpasti diri responden, peranan dan tujuan kajian
• meminta izin menemu bual orang ramai dan merekod maklumat yang diperolehi
• memastikan masa yang sesuai untuk membuat perbincangan
• berunding tentang masa dan tempat yang sesuai untuk temubual jika perlu

2) Pemerhatian terhadap responden
Pengkaji merekod nota dan mengambil kira elemen-elemen seperti tempat, orang, benda, perlakuan, aktiviti, peristiwa, dan masa.

3) Dokumen
Dalam konteks penyelidikan, pengkaji boleh mendapatkan sesuatu informasi penting melalui dokumen, media, rekod, laporan rasmi,polisi-polisi,surat-surat dan sebagainya.

4) Merekod maklumat
Maklumat direkod dengan melihat kepada catatan lapangan, audio, rakaman video, fotografi dan sebagainya.


ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Sebelum ini, para pengkaji memandang ringan terhadap maklumat yang diperolehi daripada orang ramai dan menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan peribadi. Banyak kumpulan-kumpulan penyelidik yang mendapat bahan kajian melalui penyelidikan kini tidak membenarkan bahan-bahan kajian atau data yang diperolehi untuk pengkaji-pengkaji luar.

Sebagai satu pendekatan kepada penyelidikan, penyelidik perlu berhadapan dengan tindakan yang berasas kepada isu-isu etika yang jarang sekali diakui oleh kumpulan penyelidik yang lain.


Dalam buku ini juga menjelaskan tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh pengkaji untuk mengekalkan hak-hak dan hal-hal yang bersifat peribadi dalam penyelidikan, termasuk prosedur-prosedur yang mengawal terhadap penceroboh yang wujud , mengekalkan hal yang bersifat peribadi dan memastikan sewajarnya terhadap hak milik dan penggunaan-penggunaan yang betul terhadap hasil penyelidikan.

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN
Cara untuk mendapatkan kaedah yang terbaik ialah dengan cara kebolehpercayaan dan kesahan.Kebolehpercayaan itu terbatas dan ia merupakan ujian atau prosuder dan hasil keputusan yang sama di bawah keadaan yang tetap dalam semua keadaan.

Kesahan pula adalah lebih kompleks daripada kebolehpercayaan iaitu ia menjelaskan kepada kita keadaan instrumen pengumpulan data yang sebenarnya mengumpul atau mengukur maklumat yang telah dirancang.


PENILAIAN TERHADAP BUKU

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada penyelidik dalam kajian tindakan terutamanya kepada penyelidik novis kerana tujuan buku ini ditulis untuk membantu masyarakat komuniti yang berasal dari pelbagai bidang termasuklah guru, pekerja sosial, pekerja dalam bidang kesihatan dan meliputi pelbagai fungsi seperti dalam pendidikan, perkhidmatan atau pengurusan.

0 comments: