THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, May 1, 2009

Reka bentuk Kajian Tindakan

Model gelung kajian tindakan:

Dalam proses kajian tindakan, terdapat model-model gelung kajian tindakan yang pelbagai. Antara model yang popular dan sesuai bagi konteks kajian tindakan amalan ialah Model Kemmis & McTaggart(1998), yang mengandungi empat langkah dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan iaitu:

i) Mereflek (Reflect)
ii) Merancancang (Plan)
iii) Bertindak (Action)
iv) Memerhati (Observe)

Kelebihan gelung kajian tindakan:

1) Mewujudkan satu rangka kajian yang sistematik dan progresif.
2) Semua fenomena yang berlaku dalam konteks P&P dalam bilik darjah boleh ditinjau dan dibuat penambahbaikan.
3) Guru berwibawa (teacher empowerment).

Kelemahan gelung kajian tindakan:

1) Bagi kelas yang lemah, gelungan berulang-ulang.
2) Model seolah-olah menunjukkan hanya guru yang menentukan semua perkara yang berlaku dalam bilik darjah.

Refleksi dalam kajian tindakan:

i) Refleksi “active, persistent, and careful consideration of any belief or practice”(Koszalka, Song &Grabrowski, 2002).

ii) Refleksi membolehkan guru menilai situasi dan membuat keputusan yang rasional serta memberikan guru peluang untuk mewujudkan perhubungan di antara teori dan amalan (Risko, Roskos & vukelich, 2002).

iii) Refleksi membolehkan guru menambahbaikan pengajaran dan pembelajaran (Black,2001).




Aktiviti 1:

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru II,
Masalah dalam diri:

1) Kurangnya keyakinan dalam diri terhadap kemampuan diri untuk melakukan sesuatu perkara.
2) Tidak mempunyai keberanian untuk memberikan pandangan dan agak lemah dalam menyumbangkan idea dalam kerja berkumpulan.
3) Ketepatan masa yang kurang memuaskan.

Penambahbaikan:

1) Perlu berusaha mengubah sikap tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri.
2) Memotivasikan diri secara luaran dan dalaman agar sikap berfikiran negative akan berkurang.
3) Membina keberanian untuk memberikan pandangan walaupun pandangan saya ditolak.
4) Belajar untuk menepati masa terutamanya menghadiri kelas.

Matlamat(umum):

Membina keyakinan diri dan mendidik diri untuk lebih fokus dan proaktif dalam pelbagai perkara.

Objektif:

1) Meningkatkan keyakinan dalam diri terhadap kemampuan diri sendiri.
2) Membina keberanian untuk bersuara apabila berada dalam kumpulan.
3) Membentuk diri menjadi seorang guru yang berkeperibadian unggul dalam 4 aspek JERI(Jasmani, emosi,rohani, intelek).

Pelan Tindakan:

Langkah-langkah yang perlu diambil

1) Membaca buku-buku motivasi untuk membentuk motivasi dalaman.
2) Banyakkan berkomunikasi dan bergaul dalam kumpulan bagi membina keyakinan diri.
3) Bersedia dan bersiap lebih awal untuk menghadiri kelas.

Rancangan pengumpulan data melalui:

1) Bertanyakan pandangan kawan-kawan terhadap kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri saya.
2) Muhasabah diri dan menilai kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

Memantau apa yang dirancang dilaksanakan:

1) Saya perlu tetap dengan keazaman untuk mengubah kelemahan yang ada pada diri.
2) Meminta pertolongan daripada kawan-kawan untuk menegur dan mengingatkan diri saya sekiranya saya terleka.
3) Dari hari ke hari saya perlu menilai perubahan yang berlaku pada diri sama ada saya berjaya atau masih dengan kelemahan yang lama.

Aktiviti 2:

Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar,

- Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.
- Cadangkan satu strategi/kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

Bahagian: Adab
Tajuk: Batas-batas Pergaulan
Tingkatan 5

Masalah:

1) Masalah komunikasi (loghat bahasa).
2) Body language dan eye contact (gesture badan)
3) Antonasi suara – mendatar
4) Pembahagian masa
5) Pengawalan bilik darjah – bising
6) Kurang ilmu pengetahuan atau persediaan dalam pengajaran

Penambahbaikan

1) Belajar meningkatkan gaya komunikasi verbal dan non-verbal dengan menghadiri seminar dan majlis rasmi yang lain.
2) Fokus dan bergerak aktif dari aspek gesture badan. Hilangkan perasaan segan dan malu.
3) Pengawalan suara dengan berlatih dan melihat ceramah yang boleh dijadikan panduan.
4) Bijak membahagikan masa dengan objektif pengajaran.
5) Tidak bias pada mana-mana pelajar dengan bersikap adil serta mempelbagaikan teknik-dan strategi pengajaran.
6) Guru perlu mengulangkaji dan membaca untuk membina makna dan ilmu.

Strategi

1) Kaedah pengajaran masteri iaitu guru berusaha menyampaikan ilmu yang boleh difahami pelajar sebelum beralih kepada topic yang lain.
2) Kaedah pengajaran konstruktivisme dengan membina makna dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
3) Kaedah berpusatkan pelajar dengan mempelbagaikan aktiviti berkumpulan dan permainan.

0 comments: