THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 13, 2009

Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan

Konsep Perubahan dalam Pendidikan

Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan. Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian dan dalam pendidikan, ketidakpastian ini mesti dielakkan kerana jika ianya berlaku akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Jenis perubahan

Menurut Dessler(1995), terdapat 4 jenis perubahan:
1) Perubahan ke arah peningkatan.
2) Perubahan strategik organisasi yang melibatkan keseluruhan organisasi.
3) Perubahan reaktif- tindak balas dan respon disebabkan tuntutan.
4) Perubahan akibat daripada jangkaan- terdapatnya kesedaran dalam pengurusan.

Perubahan adalah Kompleks

Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi

i) Evolusi:
- Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
- Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

ii) Revolusi

Perubahan yang pantas dan akan meningglkan kesan yang membinasakan.

Perubahan itu Multidemensi

- Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami iaitu:

i) Tujuan perubahan
- Perubahan dirancang untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu.

ii) Unit perubahan
- Fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.

iii) Sifat perubahan
- Untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar(peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil(peringkat individu).

iv) Magnitud perubahan
- Sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplimentasikan.

v) Skop perubahan
- Sejauhmana penambahbaikan @ inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

vi) Jangkamasa perubahan
- Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang member kesan berkekalan merupkan perubahan yang berjaya diimplimentasikan berbanding perubahn yang memberi kesan yang sementara.

Model-model Perubahan

1) Model penggabungan Roger
2) Model Kanter
3) Model Rand
4) Model ACOT


Kerja kumpulan:

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

1) Rasa selesa dengan keadaan yang sedia ada.
2) Sentiasa berfikiran negative terhadap sesuatu perubahan yang berlaku.
3) Berlakunya ketidakpastian terhadap perubahan dalam organisasi.
4) Kurangnya pendedahan terhadap kebaikan melalui perubahan.
5) Tidak dapat menyesuaikan diri dalam suasana yang baru.
6) Perlukan masa yang panjang untuk serasi dengan perubahan baru.
7) Tidak yakin terhadap perubahan.
8) Terpaksa menggunakan kos yang tinggi.

Cara penyelesaian:

1) Perlu diberi pendedahan kepada ahli berkenaan tujuan perubahan yang dilakukan dalam organisasi.
2) Menyampaikan maklumat yang positif tentang perubahan yang berlaku kepada ahli.
3) Perubahan yang dilakukan perlu dirancang dengan baik bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.
4) Semua ahli perlu diberi pendedahan tentang kebaikan daripada perubahan yang dilakukan terhadap ahli dan organisasi.
5) Ahli dalam sesebuah organisasi perlu sentiasa diberi motivasi agar dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang berlaku dalam organisasi.
6) Ahli diberi masa untuk menyesuaikan diri agar serasi dengan suasana yang baru.
7) Meyakinkan ahli dalam organisasi bahawa perubahan yang dilakukan untuk meningkatkan prestasi organisasi dan member faedah kepada ahlinya.
8) Mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komimen dan produktiviti agar perubahan yang dilakukan dapat mencapai matlamat.

0 comments: