THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 3, 2009

Pengumpulan Data

Kuliah Puan Sakinah

- Kita sebenarnya sentiasa membuat kajian tindakan tetapi jika tidak menghayati apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku walaupun
ianya tidak ditulis di atas kertas kerana kehidupan kita mempunyai matlamat.

- Kajian tindakan merupakan satu kajian yang sistematik.

- Apabila membuat tindakan berlaku perubahan, ia adalah satu kejayaan dalam penyelidikan tindakan yang member manfaat kepada dii dan juga orang lain.


Pengumpulan data:

- Ada pelbagai teknik pengumpulan data, walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik tidak semestinya memberikan kualiti dalam dapatan kajian. Kajian tindakan tidak akan menjadi satu kajian yang berkualiti kecuali ianya dilakukan dengan sempurna. Sehubungan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih.

3 sebab perlu capai kualiti yang tinggi:

1) Tanggungjawab kepada pelajar
2) Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain.
3) Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara yang bermanfaat (menambahkan ilmu pengetahuan) dengan melakukan tindakan.

Kriteria kualiti:

i) Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain.
ii) Criteria kualiti dalam penyelidikan ialah kesahan dan kebolehpercayaan.
iii) Kedua-dua konsep inikritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan.
iv) Perubahan itu perlu ada kebenaran

Kesahan:
- Merujuk kepada kebenaran data.

- Dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.

Kebolehpercayaan:
- Berkaitan dengan ketepatan data

- Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.

- Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya:

i) Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
ii) Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

- Dalam skop pendidikan, kebolehpercayaan dikurangkan untuk mengetahui dengan lebih mendalam.

5 tahap penyelidikan tindakan:

Tahap 1: mengenalpasti masalah
Tahap 2: perancangan tindakan (teknik yang digunakan)
Tahap 3: kumpul data
Tahap 4: analisis data
Tahap 5: perancangan untuk tindakan seterusnya

Mengumpul data:

- Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian.
- Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif (sumber).

Alat pengumpulan data:

- Pemerhatian(video tape)/ senarai semak
- Nota guru dan komen
- Kerja pelajar
- Refleksi pelajar dan kerja pelajar
- Jurnal pelajar
- Ujian
- Tinjauan soalselidik
- Temuduga (audio tape)

Sunday, May 24, 2009

TUGASAN 1 (Ulasan Buku)

Tajuk Buku: Action Research Second Edition
Penulis: Ernest T. Stringer
Tahun: 1999, London
Penerbit: SAGE Publications


KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Buku ini menggunakan pendekatan kolaboratif dalam penyelidikan yang membekalkan masyarakat dengan menggunakan tindakan yang sistematik untuk mencari penyelesaian masalah yang tertentu. Pendekatan ini dapat membantu pengkaji-pengkaji untuk membuat penyelidikan yang sistematik terhadap masalah dan isu yang wujud, dapat merumuskan dengan berkesan dan menjelaskan dengan baik tentang isu-isu tersebut dan mewujudkan perancangan bagi membincangkan masalah.

Fokus kajian tindakan adalah berkaitan kaedah dan teknik penyelidikan yang mengambil kira sejarah manusia, kebudayaan, amalan interaksi dan menyentuh berkaitan dengan kehidupan.

MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

- Kajian yang sistematik dan terperinci membolehkan seseorang itu memahami sesuatu masalah atau fenomena yang biasa wujud. Selain itu, melalui kajian tindakan, seseorang itu boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui proses penyelidikan.
- Melalui kajian tindakan, dapat membantu guru membuat penambahbaikan terhadap masalah yang dihadapi di sekolah atau bilik darjah serta membantu guru membuat keputusan yang berkaitan dengan pelbagai aktiviti meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti memperbaiki mutu pencapaian pelajar dan sebagainya.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Reka bentuk yang digunakan di dalam buku ini ialah dengan menggunakan model Interacting Spiral ( look, think, act). Ianya dilakukan secara berterusan.

Pemerhatian: Mengumpul maklumat yang berkaitan (mengumpul data) dengan membina gambaran situasi. Pengkaji mengumpul maklumat dengan menemu bual responden kajian dan membuat laporan.

Berfikir: Meneroka (menganalisis) apa yang berlaku.

Bertindak: Merancang, melaksana dan menilai.

Secara praktisnya, kajian tindakan merupakan proses yang kompleks.


SAMPEL/PESERTA

Sampel digunakan dalam eksperimen dan kaji selidik dan ianya memberi kesan kepada perubahan terhadap status dan tugasan yang dijalankan.

Sampel dalam kajian tindakan perlu terlibat secara serius atau aktif dalam memantau dan menggerakkan proses penyelidikan.

Kumpulan dan bilangan sampel yang terlibat dalam penyelidikan perlu dikenalpasti secara jelas supaya pembaca akan memahami secara jelas sumber-sumber maklumat yang diperolehi.

Setting Kajian

Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat yang digunakan dalam kajian tindakan tetapi hanya menyatakan cara untuk melakukan kajian tersebut perlulah di lihat kepada keadaan yang sesuai untuk melakukan penyelidikan.

Prosedur kajian tindakan

Setiap kajian yang dilakukan mestilah ada prosedur-prosedur tertentu. Prosedur itu mengutamakan langkah-langkah yang sistematik agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedur untuk melaksanakan kajian tindakan ialah:

1) Mengenalpasti dan fokus kepada isu
2) Mendefinisikan masalah
3) Kaedah yang digunakan ialah eksperimen dan kajian tinjauan
4) Membina gambaran tentang keadaan isu yang dikenalpasti
5) Mengumpul data
6) Menganalisis data


PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA

Instrumen kajian

Pengkaji mengumpul maklumat melalui:
1) Temubual
2) Pemerhatian
3) Dokumen


Teknik Pengumpulan Data

1) Temubual
Dalam proses menemubual, pengkaji perlu:
• mengenalpasti diri responden, peranan dan tujuan kajian
• meminta izin menemu bual orang ramai dan merekod maklumat yang diperolehi
• memastikan masa yang sesuai untuk membuat perbincangan
• berunding tentang masa dan tempat yang sesuai untuk temubual jika perlu

2) Pemerhatian terhadap responden
Pengkaji merekod nota dan mengambil kira elemen-elemen seperti tempat, orang, benda, perlakuan, aktiviti, peristiwa, dan masa.

3) Dokumen
Dalam konteks penyelidikan, pengkaji boleh mendapatkan sesuatu informasi penting melalui dokumen, media, rekod, laporan rasmi,polisi-polisi,surat-surat dan sebagainya.

4) Merekod maklumat
Maklumat direkod dengan melihat kepada catatan lapangan, audio, rakaman video, fotografi dan sebagainya.


ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Sebelum ini, para pengkaji memandang ringan terhadap maklumat yang diperolehi daripada orang ramai dan menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan peribadi. Banyak kumpulan-kumpulan penyelidik yang mendapat bahan kajian melalui penyelidikan kini tidak membenarkan bahan-bahan kajian atau data yang diperolehi untuk pengkaji-pengkaji luar.

Sebagai satu pendekatan kepada penyelidikan, penyelidik perlu berhadapan dengan tindakan yang berasas kepada isu-isu etika yang jarang sekali diakui oleh kumpulan penyelidik yang lain.


Dalam buku ini juga menjelaskan tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh pengkaji untuk mengekalkan hak-hak dan hal-hal yang bersifat peribadi dalam penyelidikan, termasuk prosedur-prosedur yang mengawal terhadap penceroboh yang wujud , mengekalkan hal yang bersifat peribadi dan memastikan sewajarnya terhadap hak milik dan penggunaan-penggunaan yang betul terhadap hasil penyelidikan.

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN
Cara untuk mendapatkan kaedah yang terbaik ialah dengan cara kebolehpercayaan dan kesahan.Kebolehpercayaan itu terbatas dan ia merupakan ujian atau prosuder dan hasil keputusan yang sama di bawah keadaan yang tetap dalam semua keadaan.

Kesahan pula adalah lebih kompleks daripada kebolehpercayaan iaitu ia menjelaskan kepada kita keadaan instrumen pengumpulan data yang sebenarnya mengumpul atau mengukur maklumat yang telah dirancang.


PENILAIAN TERHADAP BUKU

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada penyelidik dalam kajian tindakan terutamanya kepada penyelidik novis kerana tujuan buku ini ditulis untuk membantu masyarakat komuniti yang berasal dari pelbagai bidang termasuklah guru, pekerja sosial, pekerja dalam bidang kesihatan dan meliputi pelbagai fungsi seperti dalam pendidikan, perkhidmatan atau pengurusan.

Thursday, May 14, 2009

Kajian Kepustakaan/Literature Riview

- Membuat sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
- Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan.

Membanding dan membezakan

- Kemahiran ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih cirri atau kemungkinan.
- Membuat pilihan atau keputusan.

Menganalisis

- Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
- Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa cirri kemahiran berfikir.

Menilai

- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
- Kemahiran ini dibuat untuk membuat keputusan.

Membuat kesimpulan

- Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, merancang atau meramal sesuatu.

Mensintesis
- Menggabungkan idea, unsur, item, dan perkara yang berasingan untuk menghasilakn gambaran yang menyeluruh.

Wednesday, May 13, 2009

Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan

Konsep Perubahan dalam Pendidikan

Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan. Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian dan dalam pendidikan, ketidakpastian ini mesti dielakkan kerana jika ianya berlaku akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Jenis perubahan

Menurut Dessler(1995), terdapat 4 jenis perubahan:
1) Perubahan ke arah peningkatan.
2) Perubahan strategik organisasi yang melibatkan keseluruhan organisasi.
3) Perubahan reaktif- tindak balas dan respon disebabkan tuntutan.
4) Perubahan akibat daripada jangkaan- terdapatnya kesedaran dalam pengurusan.

Perubahan adalah Kompleks

Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi

i) Evolusi:
- Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
- Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

ii) Revolusi

Perubahan yang pantas dan akan meningglkan kesan yang membinasakan.

Perubahan itu Multidemensi

- Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami iaitu:

i) Tujuan perubahan
- Perubahan dirancang untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu.

ii) Unit perubahan
- Fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.

iii) Sifat perubahan
- Untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar(peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil(peringkat individu).

iv) Magnitud perubahan
- Sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplimentasikan.

v) Skop perubahan
- Sejauhmana penambahbaikan @ inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

vi) Jangkamasa perubahan
- Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang member kesan berkekalan merupkan perubahan yang berjaya diimplimentasikan berbanding perubahn yang memberi kesan yang sementara.

Model-model Perubahan

1) Model penggabungan Roger
2) Model Kanter
3) Model Rand
4) Model ACOT


Kerja kumpulan:

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

1) Rasa selesa dengan keadaan yang sedia ada.
2) Sentiasa berfikiran negative terhadap sesuatu perubahan yang berlaku.
3) Berlakunya ketidakpastian terhadap perubahan dalam organisasi.
4) Kurangnya pendedahan terhadap kebaikan melalui perubahan.
5) Tidak dapat menyesuaikan diri dalam suasana yang baru.
6) Perlukan masa yang panjang untuk serasi dengan perubahan baru.
7) Tidak yakin terhadap perubahan.
8) Terpaksa menggunakan kos yang tinggi.

Cara penyelesaian:

1) Perlu diberi pendedahan kepada ahli berkenaan tujuan perubahan yang dilakukan dalam organisasi.
2) Menyampaikan maklumat yang positif tentang perubahan yang berlaku kepada ahli.
3) Perubahan yang dilakukan perlu dirancang dengan baik bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.
4) Semua ahli perlu diberi pendedahan tentang kebaikan daripada perubahan yang dilakukan terhadap ahli dan organisasi.
5) Ahli dalam sesebuah organisasi perlu sentiasa diberi motivasi agar dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang berlaku dalam organisasi.
6) Ahli diberi masa untuk menyesuaikan diri agar serasi dengan suasana yang baru.
7) Meyakinkan ahli dalam organisasi bahawa perubahan yang dilakukan untuk meningkatkan prestasi organisasi dan member faedah kepada ahlinya.
8) Mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komimen dan produktiviti agar perubahan yang dilakukan dapat mencapai matlamat.

Friday, May 1, 2009

Reka bentuk Kajian Tindakan

Model gelung kajian tindakan:

Dalam proses kajian tindakan, terdapat model-model gelung kajian tindakan yang pelbagai. Antara model yang popular dan sesuai bagi konteks kajian tindakan amalan ialah Model Kemmis & McTaggart(1998), yang mengandungi empat langkah dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan iaitu:

i) Mereflek (Reflect)
ii) Merancancang (Plan)
iii) Bertindak (Action)
iv) Memerhati (Observe)

Kelebihan gelung kajian tindakan:

1) Mewujudkan satu rangka kajian yang sistematik dan progresif.
2) Semua fenomena yang berlaku dalam konteks P&P dalam bilik darjah boleh ditinjau dan dibuat penambahbaikan.
3) Guru berwibawa (teacher empowerment).

Kelemahan gelung kajian tindakan:

1) Bagi kelas yang lemah, gelungan berulang-ulang.
2) Model seolah-olah menunjukkan hanya guru yang menentukan semua perkara yang berlaku dalam bilik darjah.

Refleksi dalam kajian tindakan:

i) Refleksi “active, persistent, and careful consideration of any belief or practice”(Koszalka, Song &Grabrowski, 2002).

ii) Refleksi membolehkan guru menilai situasi dan membuat keputusan yang rasional serta memberikan guru peluang untuk mewujudkan perhubungan di antara teori dan amalan (Risko, Roskos & vukelich, 2002).

iii) Refleksi membolehkan guru menambahbaikan pengajaran dan pembelajaran (Black,2001).




Aktiviti 1:

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru II,
Masalah dalam diri:

1) Kurangnya keyakinan dalam diri terhadap kemampuan diri untuk melakukan sesuatu perkara.
2) Tidak mempunyai keberanian untuk memberikan pandangan dan agak lemah dalam menyumbangkan idea dalam kerja berkumpulan.
3) Ketepatan masa yang kurang memuaskan.

Penambahbaikan:

1) Perlu berusaha mengubah sikap tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri.
2) Memotivasikan diri secara luaran dan dalaman agar sikap berfikiran negative akan berkurang.
3) Membina keberanian untuk memberikan pandangan walaupun pandangan saya ditolak.
4) Belajar untuk menepati masa terutamanya menghadiri kelas.

Matlamat(umum):

Membina keyakinan diri dan mendidik diri untuk lebih fokus dan proaktif dalam pelbagai perkara.

Objektif:

1) Meningkatkan keyakinan dalam diri terhadap kemampuan diri sendiri.
2) Membina keberanian untuk bersuara apabila berada dalam kumpulan.
3) Membentuk diri menjadi seorang guru yang berkeperibadian unggul dalam 4 aspek JERI(Jasmani, emosi,rohani, intelek).

Pelan Tindakan:

Langkah-langkah yang perlu diambil

1) Membaca buku-buku motivasi untuk membentuk motivasi dalaman.
2) Banyakkan berkomunikasi dan bergaul dalam kumpulan bagi membina keyakinan diri.
3) Bersedia dan bersiap lebih awal untuk menghadiri kelas.

Rancangan pengumpulan data melalui:

1) Bertanyakan pandangan kawan-kawan terhadap kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri saya.
2) Muhasabah diri dan menilai kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

Memantau apa yang dirancang dilaksanakan:

1) Saya perlu tetap dengan keazaman untuk mengubah kelemahan yang ada pada diri.
2) Meminta pertolongan daripada kawan-kawan untuk menegur dan mengingatkan diri saya sekiranya saya terleka.
3) Dari hari ke hari saya perlu menilai perubahan yang berlaku pada diri sama ada saya berjaya atau masih dengan kelemahan yang lama.

Aktiviti 2:

Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar,

- Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.
- Cadangkan satu strategi/kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

Bahagian: Adab
Tajuk: Batas-batas Pergaulan
Tingkatan 5

Masalah:

1) Masalah komunikasi (loghat bahasa).
2) Body language dan eye contact (gesture badan)
3) Antonasi suara – mendatar
4) Pembahagian masa
5) Pengawalan bilik darjah – bising
6) Kurang ilmu pengetahuan atau persediaan dalam pengajaran

Penambahbaikan

1) Belajar meningkatkan gaya komunikasi verbal dan non-verbal dengan menghadiri seminar dan majlis rasmi yang lain.
2) Fokus dan bergerak aktif dari aspek gesture badan. Hilangkan perasaan segan dan malu.
3) Pengawalan suara dengan berlatih dan melihat ceramah yang boleh dijadikan panduan.
4) Bijak membahagikan masa dengan objektif pengajaran.
5) Tidak bias pada mana-mana pelajar dengan bersikap adil serta mempelbagaikan teknik-dan strategi pengajaran.
6) Guru perlu mengulangkaji dan membaca untuk membina makna dan ilmu.

Strategi

1) Kaedah pengajaran masteri iaitu guru berusaha menyampaikan ilmu yang boleh difahami pelajar sebelum beralih kepada topic yang lain.
2) Kaedah pengajaran konstruktivisme dengan membina makna dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
3) Kaedah berpusatkan pelajar dengan mempelbagaikan aktiviti berkumpulan dan permainan.

Thursday, April 30, 2009

Kajian Tindakan dalam Pendidikan

Apa itu Kajian Tindakan:

- Kajian / penyelidikan merupakan satu proses dan langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu isu.

- Carr dan Kemmis (1986), menyatakan bahawa Kajian Tindakan adalah suatu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti penyelidikan untuk memperbaiki dan memahami amalan dan situasi sosial.

- Lomax (1994), Kajian Tindakan adalah dasar yang penting untuk inovasi pendidikan yang membolehkan guru melakukan inovasi dan perubahan dalam pendidikan.

Konsep Kajian Tindakan dalam pendidikan:

- Kehidupan manusia sering melibatkan proses melakukan penyelidikan. Sebagai contohnya, dalam bidang pendidikan khususnya dalam kurikulum di sekolah, guru-guru sering terdedah kepada berbagai-bagai situasi kompleks yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Jika guru ingin mengkaji situasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau bilik darjah, ia seharusnya memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai kaedah dan teknik penyelidikan bagi menyelesaikan atau membuat penambahbaikan terhadap sesuatu isu. Kajian Tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan guru sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan guru melalui refleksi dan inkuiri.

Kenapa Kajian Tindakan penting bagi guru?

- Kajian Tindakan adalah penting bagi guru-guru supaya mereka dapat memahami situasi di mana mereka berada dan melalui pemahaman terhadap situasi tersebut dapat membantu guru membuat keputusan yang berkaitan dengan pelbagai aktiviti meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti memperbaiki mutu pencapaian pelajar.

Proses Kajian Tindakan secara umum:

i) Kenal pasti masalah
ii)Kajian kepustakaan
iii)Menentukan pendekatan kajian mengumpul dan menganalisis
iv)Membincangkan dapatan dan implikasi kajian
v)Melaporkan kajian

Jenis-Jenis Kajian Tindakan:
i) Individu
ii) Kolaboratif
iii) Peringkat sekolah
iv) Peringkat daerah

Contoh Kajian Tindakan di dalam pendidikan:

Guru membuat penyelidikan terhadap masalah pelajar mengantuk di dalam kelas. Apabila guru dapat mengenalpasti masalah yang dialami oleh pelajar, guru merancang untuk mengatasinya dengan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan agar pelajar memberi fokus dalam proses P&P. Untuk melaksanakan kaedah atau strategi baru, guru perlu mengumpul dan menganalisis data melalui pemerhatian terhadap pelajar dan juga mendapatkan maklumat melalui guru-guru lain. Seterusnya guru membuat pemantauan dan penilaian.